Janji temu dengan Tuan Pengarah dalam usaha membumikan idea rausyanfikir dalam kalangan guru pelatih IPG. Cinta dan rindu hanya kepada ilmu, begitu yang dihasratkan dan disuarakan kepada Tuan Pengarah. Kami berterima kasih kerana sokongan yang diberikan. Modus operandi, konsep & pembudayaan rausyanfikir diberikan pencerahan. Tuan Pengarah sangat berminat dan yakin upaya ini akan berhasil.
Kemudian, iseng-iseng dan berlegar ke pameran buku yang tersedia di Karnival Pendidikan IPG Kampus Kota Bharu. Hakikatnya, buku-buku istimewa masih tidak terdapat di sini. Seperti hanya memenuhi prasyarat karnival. Sambutan juga tampaknya masih hambar. Rausyanfikir meninjau trend/corak gelombang ilmu dalam kalangan guru pelatih. Ternyata islah dan pencerahan rausyanfikir perlu diserapkan.
Terselit buku ini antara buku lain. Buku ini sudah lama di pasaran, namun belum menjadi gelombang guru pelatih. Kami mencari jawapan dan mendapati fenomena ilmu hanya tercetus apabila berlaku trend atau masing-masing tertumpu kepada perkara itu. Contohnya, tatkala semua orang 'menerkam' novel Ayat-ayat Cinta, ketika itulah masing-masing terpikat. Sedangkan buku ini juga daripada pengarang yang sama. Lihatlah nanti, jika Bumi Cinta tertumpu dalam beberapa kelompok tertentu, ketika itulah masing-masing mula berkata: ohhh, best best! Oh... aku ingin jadi seperti watak dalam novel itu dan macam-macam lagi ayat yang menggelikan.
Rausyanfikir hadir memberikan perubahan budaya. Perubahan sikap. Dan perubahan idealogi. Ya, kami ulangi. Kita bersatu di bawah bumbung hikmah.
Salam perubahan.
No comments:
Post a Comment